Sedekah, Wakaf dan Pahala…

Baru-baru ini mama dan babah membeli Al-Quran di depan Masjidil Nabawi untuk tujuan wakaf. Si penjual kemudiannya mencop Al-Quran tersebut, tanda ia merupakan Al-Quran wakaf dan insyaAllah Al-Quran tersebut akan diletakkan di dalam Masjidil Nabawi, masjid kedua tersuci selepas Masjidil Haram.

Abid yang memerhatikan tindakan kami lalu memulakan soalan cepumas beliau. Antara kandungan soalan yang ditanya berkisar sedekah, wakaf dan pahala.

Abid: Kenapa mama beli Quran ni?
Mama: Untuk diwakafkan kepada orang ramai..
Abid: Wakaf tu macam ape? Sedekah ke? Kenapa nak bagi orang baca?
Mama: Ya, lebih kurang macam sedekah…. Nanti, kalau ada orang baca, kita dapat pahala.. Abid tahu tak pahala tu apa?
Abid: Abid tahu la… Oooo, kalau kita baca dapat pahala tak? Quran tu kita punya ke?
Mama: Kita baca, dapat lah pahala… Quran tu kita punya, kita tinggalkan dalam masjid supaya orang ramai boleh baca.
Abid: Oooo macam hari tu abid bagi duit kat orang miskin…
Mama: Kalau Abid bagi sedekah kat orang miskin, abid dapat pahala masa tu saja…1 ja pahala.. Kalau abid wakaf Al-Quran,
lepas abid mati pun, kalau ada orang baca Quran tu, Abid dapat pahala…
Abid: Ooooo….
Mama: Orang mati boleh solat tak?
Abid: Tak boleh
Mama: Jadi, tak boleh la orang mati dapat pahala solat… Kalau wakaf, lepas mati pun boleh dapat pahala..
Faham tak?
Abid: Faham…

Ntah apa yang Abid faham tak tahulah mama.. harapnya Abid faham perbezaan sedekah dan wakaf..Eh terlupa pula mama nak ingatkan Abid supaya berdoa untuk mama kalau mama mati. Kerana doa dari anak yang soleh tetap akan sampai kepada ibu bapanya yang telah mati….
(Perbualan diatas mungkin berbeza sikit dari perbualan asal)..

~ by Zarina on December 18, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: