Seorang tua…. seorang ibu…

Masih teringat lagi ketika di Arafah… Ustazah Yasmin beberapa kali mengingatkan para jemaah supaya berehat ataupun tidur sebelum masuk waktu zohor..

Walaupun sudah berbaring, sukarnya nak melelapkan mata…bahang mentari menembusi celah-celah khemah… akhirnya mama bangun dan cuba menelah lagi doa2 yang ingin dimohon semasa waktu wukuf nanti….
Sekali lagi ustazah Yasmin datang dan memberi taklimat tentang wukuf… jangan disia-siakan walau sesaat waktu wukuf… walaupun waktu menjamah makanan, pastikan fikiran berpusat kepada mengingati Allah.. Makan cepat2 dan carilah mana2 ruang diluar khemah dan berdoalah. Jika letih, pastikan bibir tidak terleka daripada berzikir…
Masuk saja waktu Zohor, khutbah pun berkumandang… beberapa jemaah telah mula solat jamak zohor dan asar.. dekat 1/2 jam, kumpulan jemaah Malaysia Yanbu pun bersedia bersolat secara jemaah. Selepas makan, masing2 mencari tempat yang dirasakan paling sesuai pada diri sendiri. Mama keluar ke pintu khemah yg mengadap kiblat dan memulakan waktu wukuf dengan doa…

Datanglah seorang tua warga Arab duduk sebelah.. memandangkan agak sukar baginya nak tunduk dan betulkan tikarnya, mama pun membetulkan tikarnya dan membuang pasir2 halus… gembira sungguh nampaknya orang tua itu… Tak sampai 5 minit, dia menepuk peha mama dan mohon untuk baring… Mama benarkan aja, agaknya terlalu letih kot…
Huhuhu…melihat orang tua itu berbaring di atas paha mama (yg duduk bersila), satu per satu air mata menitis… Ya Allah, jika aku kasihankan orang tua ini, Engkau kasihanlah pada ibuku disana…. Jika Engkau melepaskan ahli2 neraka pada hari wukuf, lepaskanlah ibu bapaku dari apa jua siksa kubur.. dan air mata terus berjurai….

~ by Zarina on December 6, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: