7 Kunci Menghayati Kalimah “Lailahaillallah”

(Nota ini adalah berdasarkan tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Yasmin, Mina)

Rukun Islam yang pertama ialah mengucap 2 kalimah syahadah…. dan “Lailahaillallah” adalah sebahagian daripadanya.  Bagaimana kita ingin memahami kalimah ini, lalu beramal berdasarkan kalimah ini? 7 kunci utama yg perlu difahami sebelum kita dapat memastikan bahawa kita sebenar-benarnya memahami dan beramal berdasarkan kepercayaan terhadap kalimah ini…

1. Ilmu (opposite jahil) – perlulah kita mencari ilmu sebanyak2nya berkenaan Islam

2. Yakin (opposite doubt/ragu) – kita perlu yakin dengan hukum Allah. Setiap yang Allah tentukan adalah yang terbaik.

3. Accept (opposite reject) – kita perlu menerima hukum Allah. Contohnya poligami, hukum hudud dan sebagainya. Hukum Allah adalah yang terbaik, jika berlaku pada kita (contoh poligami), perlulah kita menerima bahawa hukum Allah yang terbaik, dan perlu yakin bahawa itu lah yang terbaik. Jika kita mengatakan bahawa poligami itu tidak benar atau cacat, maka kita telah menolak hukum Allah, seterusnya kita telah menolak kalomah “Lailahaillallah”

4. Submission (opposite abandon) – kita perlu melaksanakan… jika Allah tetapkan solat 5 waktu, maka laksanakan solat 5 waktu, bukan 4, bukan 6… sebagai tanda kita betul-betul mentaati Allah….

5. Sincerity – Ikhlas… perlulah ikhlas bila beribadat. Bukan beribadat hanya didepan manusia, tetapi sebaliknya jika tiada orang disekeliling… Allah maha melihat.

6. Truthful – Ape ye, tak ingat la pulak….nanti kite cari…

7. Love – Kasihkan Allah mestilah datang dahulu dalam apa juga urusan. Jika suami melarang kita melakukan sesuatu, sedangkan kita perlu melakukannya berdasarkan perintah Allah, maka, lakukan perintah Allah terlebih dahulu dan tinggalkan perintah suami. Kita tidak akan dikira nusyuz. Contohnya jika kita merasakan ingin berpuasa ganti (wajib)  pada hari tertentu kerana hari tersebut sesuai, sedangkan suami melarang,  maka kira patut meneruskan niat puasa tersebut. Tapi jika sekadar puasa sunat, maka kita wajib mengikut arahan suami….

Jika 7 kunci ini dapat dihayati dan diamalkan, maka barulah kita betul2 faham makna “Lailahaillallah” ….

Wallahu’alam….

~ by Zarina on December 2, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: