The beginning of a new life….

Alhamdulillah….Rukun Islam ke-5 telah pun dilaksanakan… Banyaknya pengalaman ditimba dalam 7 hari ni… tak tahu nak tulis mana satu dulu… Jika tidak ditulis, rasa rugi pulak kerana mungkin akan terlupa nanti…

Jika difikirkan balik, haji ni mudah sebenarnya… Mungkin yg agak sukar sedikit ialah tenaga fizikal yg diperlukan untuk melengkapkan setiap satu wajib dan rukun Haji…
Wukuf di Arafah – Waktu dan tempat yg mustajab untuk berdoa. Cari saja tempat yang sesuai dimana2 saya diluar khemah… duduk dan berdoalah.. masa ini dikatakan Allah berada paling hampir dengan insan iaitu berada dilangit yg paling hampir dengan manusia (wallahu’alam)

Bermalam di Mudzalifah – Rasululullah tidur sepanjang malam di Mudzalifah selepas solat jamak takhir Maghrib – Isyak.. Apa lagi, tidur ajelah kerana ini sunnah…. sambil mengadap langit, melihat keangungan Allah sebelum terlena…

Mabit di Mina – 3 aktiviti utama semasa Mabit ini…. makan, minum dan mengingati Allah… Solat pun disunatkan qasar… MasyaAllah, makan dan minum pun dapat pahala (jika niat mengikut sunnah Rasulullah).. Dan kami dinasihatkan untuk menghafal surah Al- Mulk dan al-Khafi – 2 surah yg menceritakan kekuasaan Allah serta azab bagi mereka yg kafir.. supaya kami sentiasa mengingati Allah, kami diingatkan supaya mengamati persekitaran.. Alhamdulillah khemah pula atas bukit, tepi gunung batu…setiap petang burung2 merpati akan berehat dicelah2 batu, subhanallah….

Melontar di jamrah… perlu sedikit tenaga untuk menapak tapi alhamdulillah jarak jamrah ke khemah kami dalam 1 km sahaja…

Tawaf dan Saie… alhamdulillah, masa tawaf qudum, kami masih dapat tawaf ditingkat bawah tapi masa tawaf ifadhah, terpaksa naik tingkat 1 kerana tingkat bawah agak sesak… saie pun, walaupun nampak sesak tapi masih ada ruang untuk bergerak laju…

Malang sekali, mama tak dapat tawaf wada’…huhuhu … Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita, maka tidak perlulah mama bersedih… Alhamdulillah…

Secara keseluruhannya, haji merupakan permulaan hidup baru… Haji mabrur balasannya adalah syurga, MasyaAllah.. Maknanya pulangnya jemaah haji umpama bayi yg baru lahir…
Kami bertanya ustazah bagaimana nak tahu haji kita diterima atau tidak? Jawapan ialah jika selepas pulang, kita dapat teruskan amalan2 baik (solat pada waktu, bersabar) dan meninggalkan amalan yg tidak baik, itulah tandanya haji kita diterima…

Bagaimana pula nak mengekalkan supaya kita sentiasa mengamalkan yg baik itu? Jawapannya ialah, mintalah pada Allah!!!

Wallahu’alam.. banyak lagi yg nak ditulis, insyaAllah dalam entry akan datang…

~ by Zarina on December 1, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: