Eid-ul-Fitri di Mekah

Alhamdulilllah…. Pertama kali berpuasa dan beraya di Mekah dengan berjuta umat Islam yg lain…. ramai sungguh manusia, saf solat sehingga ke Masjid Kucing…..

Pagi 1 Syawal, kami bergerak ke Al-Haram pukul 3.45 pagi untuk solat subuh… Alhamdulillah, anak2 semua tidak mengeluh kerana bangun awal…dengan baju melayu dan kurung hijau pucuk pisang, tentu senang nak mencari mereka dalam Al-Haram nanti….

Sudah ramai jemaah pukul 4.oo pg, agaknya dah bertapa kat masjid sejak semalam….Mama bergerak ke sebelah tempat solat wanita dengan Along dan Iyad, babah pulak kat tempat solat lelaki…sebelah menyebelah aje…terpaksalah mama pilih tempat sebelah tiang, supaya ada ruang utk Along dan Iyad lepak….

Selesai solat subuh, imam mula bertakbir…ada beza sikit tapi basic intonasi tu sama je dgn takbir kat Mesia…cuma taklah mendayu2 mcm kat mesia…Sambil menunggu solah Eid, ade lah hamba2 Allah yg bagi tamar, coklat dan ade jugak duit raya utk budak2….Seronok betul Along dapat duit raya…. Rasa macam mengantuk tapi tak dapat nak lelap mata, agaknya sebab panas dan berpeluh….

Pukul 6.30 pagi, solat Eid bermula…. lepas solat, ada yg bergerak pulang….mama mula bergerak kearah kipas…fuuhhh baru lega sikit bila dapat angin….Dengarlah pak imam membaca khutbah, habuk pun tak faham…..Ramai yg berpususu2 ke arah kaabah utk mengambil gambar….mama tengok aje…lepas khutbah, kami bergerak balik…. Disebabkan anak2 memakai baju kurung warna terang, merekan sentiasa menjadi tumpuan orang….ada yg datang mengusap2 kepala dan ramai betul yg memandang sambil berbisik…. Apalah yg dibisikkan mereka, mama pun tak tahu….

Balik je, sarapan lontong, lepas tu naik, terus tidur sampai pukul 11….11.45 kami mula beraya ke rumah pekerja Tabung Haji, berdekatan mina…. Alhamdulillah, banyak betul makanan sedap….mula2 ke rumah Mak Ngah, pastu ke rumah Mak Long dan terus ke rumah Bushra….

pukul 4 petang, kami balik dan sambung tidur……..

~ by Zarina on September 22, 2009.

One Response to “Eid-ul-Fitri di Mekah”

  1. i wish i’m there now…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: