Setelah Hampir Setahun…

Ya….sudah hampir setahun kami di bumi Saudi…Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi diatas kurniaannya kepada kami sekeluarga. Bila mengadap Kaabah, sayu rasanya kerana kegembiraan ini tidak dapat dikongsi bersama arwah mak…Dia yg beria-ia menggalakkan kami sekeluarga kesini…Namun takdir Tuhan lebih dahulu mengambilnya. Apa pun, nikmat Allah ini tidak kami sia-siakan. Doa dan ampunan Allah terhadap arwah mak dan ayah sentiasa meniti dibibir.

Hampir setahun kami disini. Masa yg dinanti untuk pulang menjenguk kampung halaman sudah tiba. 6/7 tarikh penerbangan dari Yanbu – Jeddah. 7/7 pula dari Jeddah ke KL. Semoga proses kepulangan kami sekeluarga dipermudahkan Allah. Dan semoga kami dijauhkan dari penyakit yg sedang merebak sekarang, iaitu H1N1.

Sepanjang pengalaman disini, tak ade yg kurang dari kehidupan di kampung halaman…Selain daripada cuaca yg agak panas masa summer…makanan asia pun mudah dicari (di Jeddah)…Walaupun hanya terdapat 1 mall besar (Dana Mall), semua barang boleh didapati disini. Ringkasnya, ok juga kehidupan di sini…

alinAbid

Along, Angah dan Iyad

Semoga kepulangan kami ini membawa kebaikan kepada semua, termasuk kepada kami sendiri. Ingatkan tak banyak barang, rupanya dah 3 beg besar, tidak termasuk kotak tamar dan kekacang. Jenuh babah nak bawa nanti….

Rasanya cuti 2 bulan ni, sepilah blog ini….banyak yg hendak diraikan….harapnya bulan September nanti membawa lembaran baru yg lebih bermakna buat kami sekeluarga di sini, insyaAllah.

~ by Zarina on July 2, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: