Just another experience..

Alhamdulillah, kerana mama berpeluang menjejak kaki ke Kota Madinah, kota suci tinggalan Rasulullah. Kota yg penuh berkat kerana disinilah bersemadinya pemimpin agung, Rasulullah SAW.  Buat pertama kali mama dapat mengerjakan solat Jumaat di Masjidil Nabawi…Ya, pertama kali seumur hidup ini….

Kerana agak terlewat bergerak ke masjid, tiada tempat dibahagian dalam masjid yang berhawa dingin….Aduh, matahari terik diatas kepala….Mama gagahkan juga mencari tempat, dapatlah duduk di bawah payung besar, saf ke-3… Sebelum duduk, ada lah insan memberi sedekah tasbih, alhamdulillah, dapatlah berzikir apa yg patut sebelum azan. Ada pula insan menghulurkan air (walaupun air gas)…dan ada yg menghulurkan segenggam tamar…

Semasa azan berkumandang, terasa sayu dihati..sehingga menitis air mata….Ada pula insan menghulurkan tisu…Hablumminannas yg maha indah….Tiba-tiba terasa tiupan angin menyapa dimuka…Sungguh nyaman. Baru perasan, walaupun matahari terik diatas kepala, walaupun panas matahari mencecah 40+ darjah, tidak pula mama terasa panas…Maha suci Allah…Jika dipijak dilantai yg terkena matahari, terasa seperti ingin melompat kerana kepanasan….Itulah kuasa Allah…. Tidak terkata betapa indahnya pengalaman itu…semoga mama memperolehi lagi peluang merasai nikmat kuasa yang Esa….InsyaAllah….

~ by Zarina on June 20, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: