Nasyid Lama Yang Penuh Makna

Buta mata tak nampak jalan didunia…

Kerana tidak nampak cahaya…

Tidak tahu kemana hendak dituju..

Kehilir atau Kehulu…

Selamatlah didunia fana ini..

Bila mana mata tidak buta…

Melalui pengalaman diri…kerana jalan itu sudah biasa..

Tiada pedoman yang menunjuk kita, tongkat ditangan membantu jua…

Boleh jadi ada yang simpati yang membawa, tapi jika buta hati menderita…

*************************************************************************

……Nasyid ni dah lama, tak ingat siapa penyanyi tapi lagu ini selalu terngiang2 dalam kepala mama…Bila difikirkan, memang betul pengalaman amat bermakna dalam membetuk jalan hidup seseorang insan.  Pengalaman baik atau buruk, pengalaman diri sendiri atau orang lain, semuanya menjadi input kepada keputusan yang bakal dibuat. Amat rugi jika kita tidak belajar dari pengalaman…jadilah kita seperti orang buta. Jika ada orang lain yang memberi bantuan kepada kita dan bantuan diterima dengan hati yang terbuka tanpa rasa egoistik..maka bertuahlah kita… jika sebaliknya, berterusanlah kita menjadi orang yang buta..

Bersangka baiklah dengan semua orang, walaupun kadangkala amat sukar… Apabila kita sentiasa bersangka baik, banyak ‘penyakit hati’ akan terubat dengan sendiri… Inilah pengalaman yang mama pelajari… semua insan melaluinya, cuma adakah kita akan mengambil iktibar? Terpulanglah atas diri masing-masing…. kerana Allah lebih mengetahui.

~ by Zarina on December 6, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: