:: Istimewanya Di sini::

•June 19, 2017 • Leave a Comment

Hari ini mama sekeluarga menghantar angah abid balik ke asrama… rasa mahu dipontengkan saja dari persekolahan sebab 3 hari saja hari persekolahan sebelum cuti raya… tapi tak sampai hati pula..

Saat memasuki kereta, insan yg paling gembira ialah amani… gembiranya terzahir dari riak wajahnya… dan kebiasaannya, dia akan berpindah riba dari mama ke along, dan ke angah..

Semua akan melayan amani tanpa merungut, tanda kasih tertumpah keatas adik istimewa mereka. 

Kami berhenti sebentar di pantai remis pada pukul 6.50 petang untuk menikmati suasana matahari terbenam… kereta tidak dimatikan… seorang demi seorang keluar dari kereta, tinggal amani seorang di kerusi belakang… beliau melihat along dengan penuh harapan, agar di dukungnya keluar. Saat along melambai dari luar, bibir amani mula mencebik.. sedih kerana ditinggalkan di dalam kereta… semua ketawa melihat gelagatnya..

Lalu amani didukung keluar ke pantai…bertukar tangan dari along ke angah…

Mama memerhati sahaja tindakan anak2 ini.. tanpa disedari, ternyata amani menjadi sumber kebahagiaan yang disulami dengan kerjasama di antara ahli keluarga. Amani menjadi titik menyambung ehsan dan kasih sayang di antara abang, kakak dan adik…

Namun, kebahagiaan itu hanya kami sekeluarga saja yang tahu… Alhamdulillah, kami bersyukur dengan kurniaan Allah yang satu ini, semoga Allah meredhai kami sekeluarga…amiinn…

:: Mahligai Yang Tidak Tersingkap::

•May 11, 2017 • Leave a Comment

Entri ini adalah daripada penceritaan sahabat seuniversiti mama… berdasarkan pengalamannya berurusan dengan klien. Terima kasih Rema Rahayu atas perkongsian pengalaman…

Insiden ini terjadi kepada salah seorang kliennya. Klien itu merupakan seorang usahawan yang berpangkat Dato’. Beliau pernah ‘collapse’ akibat serangan jantung… dalam beberapa saat yg dirasakan oleh penghuni dunia, beliau tersedar sedang berada diawang-awangan. Di alam lain. Gambarannya seperti berada di cakerawala. Beliau nampak sebuah istana yang sangat indah. Dan bertaburan batu-batu permata… sungguh indah dan mengasyikkan, sehingga beliau merasakan seolah tidak mahu pulang ke dunia fana – alam yang nyata beliau berada. Namun,  Allah hanya mahu menunjukkan kepadanya sebentar cuma. Barangkali umurnya masih panjang, dan Allah ingin memberi sedikit ‘view’ hasil ganjaran yang pernah diusahakan semasa hayatnya. Hanya beliau dan Allah sahaja yang mengetahuinya… Dato’ ini akhirnya berjaya ‘dibangunkan’ oleh paramedik…

MasyaAllah… Tabarakallah… tiap titisan usaha manusia akan diberikan ganjaran pahala, cuma kita tidak pernah ditunjukkan bentuk fizikal pahala tersebut. Kita cuma percaya bahawa dosa & pahala wujud sebagai salah satu elemen ghaib. Kepercayaan ini menandakan aras iman kita kepada Yang Maha Kuasa….

Lantas mama terfikir….. tatkala terlintas satu ceramah tentang amalan berzikir dengan surah Al-Ikhlas.. berdasarkan carian di Internet, terdapat hadis tentang zikir surah Al-Ikhlas…

Rasululllah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.”  (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas)

Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.”  (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)

Jika ingin dikaitkan amalan zikir surah Al-Ikhlas ini, ganjarannya mahligai dan istana… ehmm… dan berdasarkan pengalaman klien sahabat mama tadi… nampak kesinambungannya…

Subhanallah..

MasyaAllah… Nikmat yg bagaimanakah yg engkau ingin dustakan….

:: Paling Sayang? ::

•October 10, 2016 • Leave a Comment

Bila cuba disenaraikan, apakah barang yang paling mama sayangi? Baju, kasut, jam (sayang sampai tak pakai) etc? Ehmmm rasanya takdelah sayang sayang…

Namun ada 1 barang yang diguna dn dicium hingga sekarang… sudah hampir robek keadaannya… itulah al-quran musyaf tajwid mama… sayang sungguh rasanya terhadap barang nan 1 ini… sudah berapa kali khatam dengannya… dijinjing setiap kali ke kelas ngaji quran..sejak tahun 2009 (bersama abla’ nourah) hingga sekarang (bersama ustaz azwan)… 

Harapannya, moga alquran ini menjadi saksi dan pembela mama di alam sana nanti..dan moga mama istiqomah dengan barang kesayangan ini…

:: Erti Pengorbanan Sebenar ::

•September 12, 2016 • Leave a Comment

Musim korban tiba lagi… setiap perjalanan musim ada ceritanya yang tersendiri… Korban… Asal dari sejarah Nabi Ibrahim yang diperintah Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail… namun, disebalik asal perintah ini, implikasi korban juga menjadi satu titik keyakinan tentang kepercayaan terhadap perjalanan selepas mati nanti…
Itulah yang mama ceritakan kepada anak2 di musim ini.. binatang yang kita korbankan itu, didunianya menjadi makanan yang lazat, disamping menjadi sedekah kepada yang miskin atau siapa sahaja yang berkenaan…namun binatang ini, diakhirat nanti akan menjadi tunggangan kita ..

Ia ibarat saham… jika $300++ disimpan didalam akaun bank, kita hanya akan dapat sedikit dividen pada akhir tahun. Namun jika $300+ ini dibuat bayaran korban, ia menjadi simpanan atau bekal disana nanti…tidak ada rugi, malah untung yang berganda…

Terkesan dengan ‘story-telling’ mama barangkali, satu hari, Along menyuarakan hasratnya untuk menyertai korban, hasil dari duit raya yang dikumpulnya…

MasyaAllah… tabarakallah…dan alhamdulillah. Pada umur 16 tahun, beliau sanggup melepaskan sejumlah wang simpanannya sendiri tanpa sebarang paksaan…. Jangkaan mama, jika mama berada ditempatnya, sayang sekali hendak dikeluarkan sejumlah wang yang dikumpul sekian lama…

Ya, pada mama, itulah makna sebenar pengorbanan…

“ya Allah, terimalah korban yang disertai oleh puteriku ini”..Amiinn

:: Bila 2 Mama Gojes Outing ::

•May 6, 2016 • Leave a Comment

These 2 mums, they have been friend since their 18s… and now they are 42… not too old to hang around like before… these 2 mums have had great experience in their life.. one had been in comma state after delivering her first daughter… another one had 2 misscarriages and the third time the baby came out with few organs defect… But they were never down… they talk to each other, had lunch together, window shopping together… they spent short time together during lunch hour…

That the sweetness of a friendship… it is more sweeter if done due to lillahitaa’la… hope we can still do this in jannah!

image

image

image

These 2 mums are really georges!

:: Admiring My Own Photos ::

•April 25, 2016 • Leave a Comment

I love photography… I love flowers.. tadaaa… now I have lots of wallpaper for my office desktop, mobile phone and also whatsapp background… hahaha, sendiri buat, sendiri suka… It makes my view s colorful as rainbow.. thus, it really makes my day…

image

image

Anybody can download it from my facebook album… it is open for public… If anyone notice, all the wordings come from the excerpt of lyric from OST of Descendants of The Sun… anyway, I don’t care if none notice…

Next project is to render all the photos so it will change randomly over time…