:: Amani Hit The Jackpot ::
Petang tadi pakar jantung bersepakat untuk menghentikan oksigen amani.
Sebelum tu, nurse menasihati mama supaya tidak breastfeed amani kerana jika amani bekerja keras untuk menghisap susu, tenaganya akan habis dan melambatkan pembesaran. Mama yang degil mintak juga untuk menyusu walau sekejap. Jika tidak berjaya baru mama bagi ikut tiub. Selepas nurse consult dengan doktor, doktor benarkan asalkan feeding ikut tiub 30ml…
Susah nak kejutkan Amani, mama togelkan dia… Biar sejuk kena aircond. Ee..eh, boleh pun bangun. Dan, Amani breastfeed agak lama, dalam 5 minit… Doktor gembira dengan perkembangan Amani, apatah lg mama….
Bayi down syndrome, tak cukup bulan dengan colostomy dan 2 lubang kecil dijantung serta saluran dari jantung ke paru2 yang agak sempit ini berusaha untuk menyusu! Amani, you hit the jackpot!
Posted from WordPress for Android

alhamdulillah ..
Ya Allah, semoga Engkau memberi lebih banyak khabar gembira untuk sahabat ku Zarina Zainol dan keluarganya.
InsyaAllah. Tq aunty biah! Nanti datang visit amani bila dia dah balik rumah ye…
Salam Mama & Amani
baru ngam sui!!
mCik Ita singgah lagi, setelah beberapa lama tak menjenguk… tak apa Amani panggil makcik…kita org Melayu kan. Kalau bangsa lain boleh lah guna aunty e.g. Aunty Wong
Gembira campur sayu dgn perkembangan Amani…Ya Allah, engkau kuatkanlah sahabatku dan keluarganya ini dengan rahmat dan kasih sayangmu.
BTW akak baru amik skrip 208 tadi, kena pulangkan 25 hb… harap2 sempat dihabiskan (takdan nak email, sok nak balik Dungun)
OK, nanti senang2 mCik Ita singgah lagi ye Amani…Tak sabar nak jumpa Amani in person. Entah bilalah agaknya… akhir kata, peluk cium utk Amani yg comel!!!
Nanti Amani balik rumah, makcik ita datanglah… Dah sebulan setengah tp Amani masih macam dalam perut… Huhuhu…
Alhamdulillah… Suka dengar ada perkembangan baik dari Amani, one day after another. InsyaAllah, Allah permudahkan segalanya untuk cute little Amani.
Mama Amani pun suka…
Ya..semoga amani semakin sihat..