:: Amani Tanpa Tiub Susu ::

Tapi hanya sehari!! Kenapa ya? Amani sudah pandai menghisap, cuma tidak dapat menghisap cukup lama untuk menghabiskan 30 ml. Disebabkan kepenatan, Amani tidak dapat menghabiskan susu pada masanya. Akibatnya kandungan gula dalam badan Amani jatuh. Hari ni, nurse masukkan semula tiub susu melalui hidung.
Amani sudah pandai breastfeed, walaupun tak berapa pandai ‘mencari’… Oksigen pun sudah dikurangkan ke 0.2.
Masalah utama Amani sekarang ini ialah dia kuat tidur, sampaikan nak bagi susu via fingerfeed atau breast feed amat susah. Dr kelvin panggil Amani – ‘lazy girl’ sebab asyik tidur aje.
Nampak gaya mama tak perlulah tinggal kat hospital lagi….
Posted from WordPress for Android
Advertisement

Good girl…!!! Dah pandai breastfeed dah dia… Slowly mama… Nanti amani akan jadi cekap… and tak perlukan tiub lagi… InsyaAllah… Ramai auntie & uncle tolong doakan amani. You go girl….!!!
Twit… Amani tak perlu dok dlm incubator lagi ke mama?
Challenging wooo nak breastfeed, sbb dia tak reti nak cari… Siannn.. tapi alhamdulillah, boleh breastfeed sikit2 pun dah cukup bagus. InsyaAllah kalau berat dia naik sikit lg boleh balik.
Dia masih dlm incubator … Bila nak dukung baru keluarkan. Lagipun mlm2 ekon sejuk sangat.
Nanti aunty & uncle doakan Amani lg ye!
Comel muka amani..dah nampak macam muka abangnyer
alhamdulillah ..amani dah pandai menghisap..dan yang paling penting mama dan amani boleh balik ke rumah!
Rajin amani rajin, rajin la menghisap, bila besar nanti, pandai baca kitab
Alhamdulillah sangat2… Drp bacaan kat internet, bayi ds sukar menghisap kerana otot2 yg lembut. Tapi Amani win the battle.
InsyaAllah amani pandai baca kitab nanti.
Penat sangat stay kat spital, tak dpt tidur. Every 3 hrs kena bg susu.
Eeh… Mamanya pun kira hospitalized ke ni? Dapat bilik or camne? Baru paham ayat kome selama ni “mama tak perlu tinggal di hospital”. Huhu…
Biah… Sama kan macam muka abangnya ? Hehe…
Stay 2 hari je sbb nurse nak tgk mama buleh handle amani ke tak.. tapi fail la.. huhu… Esok stay lg 2 hari…