:: Kek Karamel ::

Kali ni nak tulis resepi kek karamel. Takut nanti terlupa atau terhilang buku catatan… letak di sini, tentu tak hilang, kecuali kalau server wordpress corrupted.. Resepi ni Kak Mar ajar… terima kasih ye kak mar (sebenarnya sama umur, tapi suka panggil kak)…

Sebenarnya kek ni agak remeh tapi memandangkan rasa yang sedap menjadikan proses membuatnya bukan satu masalah…

Bahan A – gula hangus:

2 sudu besar gula caster
Cara: Taburkan gula secara sekata di atas loyang dan masak atas api perlahan sehingga perang.  Ketepikan, biar sejuk

Bahan B – karamel

1/2 tin susu cair (susu luna tin besar)
70 gram (8 sudu besar) gula caster – nak kurang manis, 7 sudu sudah cukup
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Cara: Kacau sebati – pastikan tiada buih dan tapis di atas gula hangus yang sudah beku

Bahan C – kek

140 gram tepung gandum
70 gram gula castor (8 sudu besar)
3 biji kuning telur
135 ml air (7 sudu besar)
7 sudu besar minyak sayuran
1 sudu teh baking powder (tidak perlu jika menggunakan tepung naik sendiri)
Cara: Kuning telur, air dan minyak dipukul sehingga kembang. Masukkan gula, pukul lagi hingga naik sekali ganda. Masukkan tepung dan baking powder

Bahan D – meringue

6 biji putih telur
70 gram gula castor (8 sudu besar)
1 sudu teh cream of tartar
Cara: Pukul bahan-bahan atas sehingga kembang dan tidak jatuh bila diangkat dengan sudu

Cara satukan bahan C dan D :
Satukan C dan D, dan kaup balik sehingga sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian, dan titiskan pewarna berlainan kepada setiap bahagian. Kacau sehingga warna sebati.

Langkah akhir sebelum masak:

Di dalam loyang berisi karamel dan gula hangus tadi, sendukkan 1 bahagian warna kek ke bahagian tengah karamel. Sendukkan warna yang lain ke tengah-tengah bahagian adunan kek yang disendukkan sebelum ini. Ulang prosen ini sehingga adunan kek habis.

Panaskan oven dengan suhu 375 F. Masak kek secara double boiler (letak di atas loyang lain yang berisi air).
Masak selama 40 minit di bahagian bawah oven.

Bila masak, keluarkan dan sejukkan sebelum diterbalikkan di atas bekas yang sesuai.. dan ini lah hasilnya… Walla!!!

Kek Karamel yang sangat sedap...

Rasanya dah 6 kali mama buat… sib baik babah rajin tolong hehehe….

~ by Zarina on April 2, 2011.

4 Responses to “:: Kek Karamel ::”

  1. sedapnya…. nanti buat utk akak ek. :-)

  2. kalau kukus boley x kek ni… sbb xde oven la.. :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: