:: Umrah Pertama 2011 ::

Kali pertama membawa anak-anak mengerjakan umrah bersama-sama. Gusar juga mulanya, takut mereka kepenatan. Mulanya Iyad keberatan nak pakai ihram semasa di Miqat Juhfah. Tapi akhirnya dia bersetuju selepas dijanjikan dengan mainan yang bakal dibeli di Mekah nanti. Hati tertanya juga, apakah hukum untuk umrah kanak-kanak yang belum baligh. Berdasarkan penerangan salah seorang pelajar di Universiti Umm Qura, terdapat 2 pendapat, iaitu:

1. Wajib dihabiskan kesemua rukun umrah dan wajib membayar dam jika melanggar mana-mana syarat ihram.

2. Wajib menghabiskan kesemua rukun umrah tetapi tidak wajib membayar dam jika terdapat pelanggaran semasa didalam ihram.

Kami mengambil pendapat ke-2, memandangkan anak-anak masih kecil. Walupun Along sudah memahami banyak fakta tentang umrah, kami tidak berani mengambil risiko.

Babah, Abid dan Iyad beihram di Miqat Juhfah... Abid dan Iyad tu pakai ihram je, tak niat pun

Sesampai di Miqat, mama hanya mengajar Along berniat umrah…  Tawaf tidak menjadi masalah kepada mereka, kerana sudah biasa membawa mereka tawaf sunat. Tetapi semasa bersaie, Abid dan Iyad kepenatan… kami berjalan perlahan-lahan sambil memberi kata semangat kepada mereka… dan akhirnya, Alhamdulillah selesai juga menghabiskan saie dan berehat di atas bukit Marwa… dan semasa bertahalul, masing-masing hairan kenapa rambut digunting….. Semoga anak-anak mama ini akan faham sepenuhnya apabila besar sedikit nanti.

Anak-anak berehat di bukit Marwa, selepas penat bersaie

Anak-anak bergambar sebelum memulakan tawaf

Disebabkan agak kepenatan berulang-alik ke hotel, mama dan babah membuat keputusan untuk melakukan Jamak akhir untuk Zohor dan Asar. Selepas makan kami terus ke masjid. Meriahnya masjid dengan hampir 80% jemaah merupakan warga Arab..selebihnya adalah warga asing yang sememangnya bekerja di Saudi. Visa umrah belum dibuka, maka warga Arab mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah. Warga Arab sememangnya beradab di dalam masjid… dan mereka membawa bersama termos-termos berisi chai / gahwa untuk diedarkan. Biasanya, termos tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam masjid, tetapi lain pula untuk warga Arab….

Rata-rata orang Arab betul-betul mengamalkan sunnah.. apabila diperhatikan, mereka hanya solat sunat ba’ada dan qobla pada solat wajib tertentu sahaja… Selepas solat Asar, mama bingkas bangun untuk mengerjakan solat Zohor (Qasar)… selepas selesai memberi salam, tiba-tiba bahu dicuit. Terdengarlah mak Arab dibelakang berkata-kata sesuatu… rasa macam faham maksudnya bila terdapat butir perkataan ‘ba’da’, ‘asar’ dan ‘sunnah’ sambil tangan dihayungkan menyatakan tidak boleh… lalu mama berkata ‘Ana ma’lum…. ma’lum…. mafi sunnah, jamak….”… Jamak? Aiwaaa… lalu dia pun berkata sesuatu lagi, seolah-olah faham…. huhuhu… prihatin sungguh mereka… Alhamdulillah…

Keesokan harinya, hari Jumaat pertama tahun 2011, mama dan babah bersolat jumaat di Masjidil Haram. Walaupun berpanas di bawah matahari, hati puas sebab dapat melihat sendiri imam membaca khutbah jumaat. Mimbar Imam diletakkan sebelah kaabah, berdekatan dengan Maqam Ibrahim.

Khutbah jumaat

Walaupun tidak faham dengan isi kandungan khutbah, alhamdulillah, hanya syukur yang sebanyaknya dipanjatkan kepada Ilahi. Bukan semua insan dapat mendengar dan melihat imam membaca khutbah, bersebelahan Ka’abah pula tu…. Alhamdulillah….Alhamdulillah…. Alhamdulillah……..

Ya Allah, moga rezeki sebegini dikurniakan lagi kepada kami sekeluarga, saudara dan sahabat-sahabat kami….. Perjalanan pulang kami melalui padang pasir yang kadangkala terdapat lopak-lopak air bertakung (daripada hujan sebelum ini) dan pemandangan matahari terbenam yang sungguh indah….

Pemandangan matahari terbenam dalam perjalanan pulang

~ by Zarina on January 12, 2011.

12 Responses to “:: Umrah Pertama 2011 ::”

  1. Assalamualaikum , saya dan suami berhasrat untuk mengerjakan umrah pda cuti sekolah mei -jun ini dgn 3 org anak lelaki dan seorg anak perempuan berumur antara 11 hingga 6 tahun. Saya ingin bertanya bagaimana 2 orang anak lelaki yang belum dikhatankan, bolehkah saya bawa mereka bersama untuk menyertai umrah? Harap boleh tolong beri jawapan, terima kasih

    • Waalaikummussalam….
      Alhamdulillah dan tahniah atas peluang seruan umrah. Maaf sangat kerana saya kurang pasti dengan hukum hakam berkenaan soalan puan. Namun, saya rasa tiada masalah untuk membawa anak2 yg belum berkhatan.

  2. salam…
    trm ksh krn b’kongsi pengalaman umrah yang positif bersama anak2 di sini.
    sy berhasrat utk membawa anak sy yg berumur 1 tahun 9bln mengerjakan umrah pd cuti sekolah mac ini.sy telah baca byk blog berkaitan umrah membawa anak kecil,kebanyakannya adalah negatif.huhu…sy tekad utk bawa anak sy krn masih menyusu.sy akan pergi bersama ibu n ayah krn suami sy tlh tiada.apa pandangan puan utk sy?trm ksh…

    • Salam kembali… Alhamdulillah, beruntungnya Afifah dapat membawa anak. Tahniah kerana mendapat seruan mengerjakan umrah, ia satu nikmat yg sangat besar.
      Saya biasa membawa anak2 mengerjakan umrah. Saya rasa tiada masalah. Pastikan Afifah membawa keperluan asas, terutamanya petroleum jelly – vaseline utk mengelakkan kulit kering. Ubat2 mudah didapati di mekah dan madinah. Bulan mac ini sedang elok, tidak begitu sejuk dan belum musim panas. Kalau breastfeed lg senang. Banyakkan berdoa, insyaAllah moga dipermudahkan.

  3. Assalammkum. kak..bulan depan cuti skolah semester pertama adik dan keluarga akan perg imengerjakan umrah…adik,suami dan 3 orang anak yang berumur 8, 6,dan 1 thn 3bln…yang adik risau ialah anank yg kecik ni….dahlah dia masih lagi breastfeeding ….jadi adik nak tanya semasa kita tengah tawaf tu tetiba dia buang air keci ldan air besar macam mana ye…kalau menyusu tu mungkin adik boleh kasi dia dengan botol susu…ape nanti adik kena dam tak…tolong kasi tau adik.

    • Waalaikummussalam.
      Alhamdulillah, bestnya dapat mengerjakan umrah bersama keluarga. Setahu saya, bayi yg dipakaikan lampin baru sebelum tawaf tidak menjadi masalah, asalkan tidak bocor.
      InsyaAllah diharuskan (berdasarkan ilmu yg pernah dipelajari seblm ni).

  4. Salam, saya dan suami merancang untuk mambawa anak2 (11,8,5 tahun) mengerjakan umrah pada june ini. Tetapi kuatir kalau2 mereka tak paham nak kerjakan ibadat. Membaca blog puan, menguatkan lagi keyakinan kami untuk membawa mereka. Mudah2an dipermudahkan untuk kami…

    • Salam Maslinda… InsyaAllah, banyakkan bertawakkal.. InsyaAllah. Sebenarnya sangat bagus (jika mampu) memberi pendedahan awal tentang tanah haram, masjidil haram, mekah dan madinah kepada anak2. Mereka akan lebih memahami konsep ketuhanan dan juga perkara berkaitan rasulullah.. sambil itu, berceritalah kepada mereka sejarah2 berkaitan perkara2 diatas…

  5. Alhamdulillah…nk bertanya saya bakal pergi ke tanah suci february nti. dan akan membawa anak saya yg berumur 11bulan. saya difahamkan suntikan yg kita ambil tidak sesuai bg bayi berumur bawah 2thn. saya ingin dptkan pendapat dan penerangan utk penjagaan sekiranya bawa bayi ke sana? mohon sedikit nasihat kepada puan dan rakan2 disini..terima kasih

    • Alhamdulillah. Tahniah atas panggilan Allah ke rumahNya. Saya sebenarnya tiada pengalaman membawa bayi ke tanah suci. Anak yg paling kecil masa tu berumur 4 tahun. Saya tak praktiskan apa2, cuma saya tak pernah memikirkan ‘jika anak saya sakit’ sebelum dan semasa di sana. Alhamdulillah anak2 tak pernah pula sakit masa tu. Jadi, apa yg saya boleh nasihatkan ialah tawakkal, disamping memastikan immune system anak kuat. Kuatkan bukan hanya melalui suntikan sahaja… boleh berikan anak multivitamin, probiotik seminggu sekali….amalan habbatussauda dan madu juga bagus… selebihnya, berdoalah. Dan yakinlah Allah akan mudahkan….wallahu’alam….

  6. Assalamualaikum…saya nak tanya kalo bawak anak umur 2 tahun, kalao nak bt umrah utk dia, kena pakai pakaian ihram jugak ke.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: