:: Antara Ikhlas, Sabar & Redha ::

•January 26, 2012 • Leave a Comment

image

Scan yang pertama di klinik Radwa 3 oleh gyne Dr Fazillah.

Apabila seseorang itu ditimpa musibah, beliau akan diminta bersabar dan redha dengan ujian yang menimpa. Tanpa merasai keperitan ujian itu, pengucapnya mungkin berkata berdasarkan pengalamannya… Atau berkata2 hanya sekadar memenuhi keperluan seorang insan lain.

Namun itu sudah sangat baik. Kerana sepanjang perbualan mama dengan setengah orang, ada yang menganggap (terutama orang Cina) bahawa mereka yg dikurniakan anak yg sakit, cacat atau mempunyai kekurangan adalah kerana dosa2 yang lalu.

Ya, manusia boleh membuat apa jua tanggapan. Namun bagi mama, kita perlu ingat bahawa hubungan manusia & Allah adalah teramat peribadi. Tiada siapa pun tahu… Jika kita beranggapan seseorang itu berdosa, siapa tahu bahawa Allah telah mengampunkannya, maka jadilah tanggapan itu sebagai suatu sangkaan buruk. Jika disebarkan, maka jadilah ia fitnah. Nauzubillah.

Bila diberikan Amani sebagai suatu takdir, hanya kesabaran yang mampu mengatasi segala gundah dihati. Hati sentiasa berkomunikasi dengan Allah… Apabila hati sudah dapat menguasai kesabaran, redha akan datang. Jika benar2 ikhlas dalam keredhaan, pasti akan terasa kemanisan. Ya, hati begitu manis sekali melihat Amani… Bayi kecil yang mama tatang sebaik mungkin semasa didalam kandungan. Bayi ini sentiasa dapat mendengar bacaan Al-Mulk kerana mama sudah menghafal sebelum mengandung.

image

Apatah lagi apabila terdapat hadis berkenaan dugaan dan kesabaran… (dipetik dari muzir.wordpress.com)

Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya ujian. Dan sesungguhnya apabila ALLAH Ta’ala mencintai sesuatu bangsa maka ALLAH menguji mereka; barangsiapa redha maka ALLAH akan meredhainya. Dan barangsiapa yang marah, maka ALLAH akan memarahinya.” (HR at-Turmudzy)

Bukankah hadith di atas terkandung di dalamnya bahawa musibah itu adalah antara cara ALLAH sedang menguji kualiti iman hambaNYA?

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh ALLAH menjadi orang baik, maka ditimpakan musibah (ujian) kepadanya.” (HR Bukhari)

Maka nikmat yg manakah lagi yang engkau nafikan?

Mari kita hayati nasyid ini..
Sifat Mahmudah (hijjaz)

Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita Susah dimiliki payah dijaga Hanya yang punya Yang bermujahadah 2X

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama

Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa Tapi dapat ditahan perasaannya Hanya bermain di dalam sahaja Di luar tidak nampak terang nyata

Posted from WordPress for Android

:: 3 Hari Mama di Wad::

•January 23, 2012 • 6 Comments

Amani dah bebas sikit tanpa tiub oksigen. Mama kena monitor paras oksigen dan muka Amani, takut biru. Susu pula kena beri via tiub setiap 2 jam. Tak tidurlah mama. Tolonggggg…. Mama letih.
Pakar jantung cakap toksah breastfeed sangat, takut amani letih. Pakar pedatrik pulak kata dia tak percaya… Dia suruh mama breastfeed selagi Amani nak. Amani cuma nak tidur…. Tolonggggg caner nak bg amani jaga lama sikit nih… Berat Amani masih statik 2kg…. Aunty2 kat luar sana tolong doakan Amani ye…

3 hari mama kat spital, berat turun lagi… Dah jatuh 51.5kg… Meh tengok gambar amani dengan baju petite…. Comel, kan.. Mama cakap mata amani mcm mata alien.. huhuhu….

image

image

image
Posted from WordPress for Android

:: Amani Hit The Jackpot ::

•January 20, 2012 • 7 Comments

Petang tadi pakar jantung bersepakat untuk menghentikan oksigen amani.

Sebelum tu, nurse menasihati mama supaya tidak breastfeed amani kerana jika amani bekerja keras untuk menghisap susu, tenaganya akan habis dan melambatkan pembesaran. Mama yang degil mintak juga untuk menyusu walau sekejap. Jika tidak berjaya baru mama bagi ikut tiub. Selepas nurse consult dengan doktor, doktor benarkan asalkan feeding ikut tiub 30ml…

Susah nak kejutkan Amani, mama togelkan dia… Biar sejuk kena aircond. Ee..eh, boleh pun bangun. Dan, Amani breastfeed agak lama, dalam 5 minit… Doktor gembira dengan perkembangan Amani, apatah lg mama….

Bayi down syndrome, tak cukup bulan dengan colostomy dan 2 lubang kecil dijantung serta saluran dari jantung ke paru2 yang agak sempit ini berusaha untuk menyusu! Amani, you hit the jackpot!

Posted from WordPress for Android

:: Amani Tanpa Tiub Susu ::

•January 19, 2012 • 6 Comments

image

Tapi hanya sehari!! Kenapa ya? Amani sudah pandai menghisap, cuma tidak dapat menghisap cukup lama untuk menghabiskan 30 ml. Disebabkan kepenatan, Amani tidak dapat menghabiskan susu pada masanya. Akibatnya kandungan gula dalam badan Amani jatuh. Hari ni, nurse masukkan semula tiub susu melalui hidung.

Amani sudah pandai breastfeed, walaupun tak berapa pandai ‘mencari’… Oksigen pun sudah dikurangkan ke 0.2.

Masalah utama Amani sekarang ini ialah dia kuat tidur, sampaikan nak bagi susu via fingerfeed atau breast feed amat susah. Dr kelvin panggil Amani – ‘lazy girl’ sebab asyik tidur aje.

Nampak gaya mama tak perlulah tinggal kat hospital lagi….

Posted from WordPress for Android

:: First Finger Feeding ::

•January 17, 2012 • 8 Comments

image

MasyaAllah… Tabarakallah. Seperti satu keajaiban bila tgk Amani menghisap jari mama dengan kuat, padahal baru 3 kali mama praktis urutan dalam mulut.

Mama rasa inilah saatnya mama mencuba finger feeding. Ketika pakar kanak2 datang (3 orang), mama menyuarakan hasrat untuk mencuba kaedah ini. Mama cakap, mama baca dari internet. Dr syorkan mama berikan botol tapi mama taknak. Lebih baik gunakan jari mama daripada gunakan botol susu. Dr yg mulanya agak blur tp bila mama explain, mereka mengarahkan nurse berikan mama tiub yg sesuai. Mama sambungkan tiub ke sringe dan lekatkan tiub yang dihujung satu lagi ke jari kelingking. Jari ini dimasukkan dalam mulut Amani. Bila Amani menghisap, mama akan tekan sringe sikit demi sikit. Di luar negara, kaedah ini digunakan untuk bayi yang tidak pandai menghisap susu badan atau bermasalah dengan jantung.

     Alhamdulillah, kaedah finger feeding ini sesuai dengan Amani, dimana Amani dapat mengkoordinasikan antara menghisap dan menelan.

Esok mama akan datang awal untuk mencuci dan menukar beg stoma. Jika oksigen dapat dihentikan (sekarang oksigen yg disalurkan cuma 0.5) maknanya Amani boleh balik…

Tak sangka sangat, hari ni mama yang jadi konsultan kepada doktor… Huhuhu….

image
Posted from WordPress for Android

:: Alhamdulillah ::

•January 13, 2012 • Leave a Comment

image

Sesampainya mama ke hospital, nurse tengah menukar lampin Amani. TPN sudah diberhentikan, maknanya Amani sekarang minum susu sepenuhnya. Dan sekali lagi mama dapat berikan susu via sringe. Cuma 5ml… Lagi 36 ml melalui tiub. Kuantiti susu setiap 3 jam cuma 1.5oz. Kali ni mama dapat pangku Amani.

Amani suka tidur, susah juga nak bagi dia sedar. Nak habiskan 5ml ambil masa dekat sejam.

Amani tidak pandai menghisap dan tiada reaksi apabila mulutnya diusik. Mama minta doktor tunjukkan macam mana hendak massage supaya baby boleh latch… Dr janji nanti dia minta staf bahagian occupational therapy (ot) datang ajar.

Dalam pada tu, 3 orang doktor dari bahagiam kardiologi datang. Ketuanya Prof Asma… Menurut prof, mereka telah memantau keadaan jantung Amani sejak lahir. Beliau tidak menggunakan jargon semasa memberi penerangan, jadi mudah sikit nak faham. Kalo tak, kena catit dan tanya pakcik google. Ringkasnya, lubang didalam dan diluar jantung Amani semakin mengecil. Cuma laluan dari jantung ke paru2 agak kecil (pulmonary stenosis). Mereka hanya akan memantau dari semasa ke semasa. Jika Amani sihat dengan ‘sempitan’ itu, mereka akan biarkan. Alhamdulillah.

Masalah kandungan oksigen yg tidak stabil didalam darah Amani mungkin disebabkan oleh ketidakmatangan paru2 dan juga pembentukan kahak. Untuk itu, Amani masih perlukan ventilator. Ini yang diberitahu oleh Prof Asma.

Lepas kardiologist beransur, staf dari ot datang. Beliau telah siapkan nota untuk mama. Beliau menunjukkan cara mengurut bahagian muka… Pipi, dagu, dahi… Dan juga urutan didalam mulut… Gusi, pipi, lelangit dan lidah. Semasa beliau tengah buat urutan lidah, tak semena-mena Amani menghisap, cuma tidak kuat dan tidak berterusan. Ya Allah, gembiranya mama… Beliau yakin Amani boleh menghisap, cuma perlukan masa dan bantuan stimulasi.

Dari pembacaan mama, bayi ds kuat tidur. Perlukan sikit usaha dan strategi dari mama bila nak beri susu. Takut nanti susu terkumpul di anak tekak..

Kebanyakan bayi ds yang cukup bulan boleh menghisap, tapi Amani premature. Sebab itulah beliau masih belum ada kebolehan untuk menghisap.

Sedar tak sedar, mama berdiri agak lama sampaikan atas tumit kaki kiri membengkak (memang dah sakit sejak seminggu lalu)… Nak kena pegi klinik lah…

Dan hari ni mama beli buku pasal sel haiwan utk perubatan. Stem sel ni adalah perubatan alternatif utk budak2 ds. Sangat berkesan tapi kosnya sama harga dengan mama punya picanto… Adehhh….

Posted from WordPress for Android

++ Mari Kita Positif ++

•January 12, 2012 • 7 Comments

image

Yeay! Hari ni nurse bagi mama susu dalam sringe, utk diberi kepada Amani melalui mulut… Ada yang masuk, ada yang keluar. Mama rasa Amani boleh menelan… Alhamdulillah… Dah cukup baik untuk perkembangan hari ni…

Setiap hari jiran2 Amani sentiasa bertukar, kecuali Muhammad Rayyan… Bayi 9 bulan ini kelihatan sangat cengkung, disebabkan masalah usus. Kasihan betul melihat Rayyan. Tapi nurse menjaganya dgn penuh kasih sayang…

Salah sorang jiran baru Amani hari ni seorang bayi 3 bulan berbangsa Cina. Ibunya ramah sangat. Bayinya demam panas… Beliau bertanya mama berkenaan Amani… Mama bagitau semuanya… Tiba2 dia (Miss X) datang melihat Amani lalu berkata;
X : Betul ke baby ni ada ds? Nampak ok je.
Mama : Ye… Cuba tanya nurse… Blood test dah prove.
X : Tapi cara you cakap mcm bby you fine, takde masalah.
Mama : Because I accept her as a gift from god. I’m happy having her.
X : You tak rasa sad ke? Or blame god?
Mama : Why should I? God will not give me this kind of baby if I cannot handle it. He must have purpose, which is beyond our knowledge.
X : You are so positive.
Mama : I have to. (Mama tgk baby X ni matanya kuning). Your baby is having problem with heart, isn’t he?
X : (mengangguk kepala)… Everyday I wonder why me. This case is rare, 1 in 10k of kelahiran. Why me? (X mula menangis).

Mama : You have to trust God. You have to be strong, otherwise how you gonna raise your baby? Now you look at other people, some dont have kids at all. At least God have given you chance to get pregnant. It was a great experience, right? X angguk… Then compare with me. You can hold and feed your baby. I can only touch and give simple massage to my baby. Not to say breastfeed or kising her…
X : I always think what will happen when he grows up.

Mama : Dont think for a long term, it will make you crazy. Think what you will do for a short term… Read a lot.. I suggest you to read book entitled ‘secret’. You have to be positive, then the stength will come.
X : I read that book but worked for a while only.. I read other books also but the more I read the more I feel scared.

Mama senyum je… X terus bercerita sampai bayinya tertidur dlm dukungan sambil air matanya berjuraian.

Inilah perlunya kita kembali kepada Allah.. dalam apa jua situasi. Orang seperti X ni perlukan satu sokongan dlm bentuk spiritual… Suami dan sahabatnya cukup baik dan sentiasa menasihatinya namun belum cukup untuk beliau menerima keadaan bayinya. Mama harap mama telah memberinya satu contoh, supaya dia tidak terus menyalahkan tuhan. Semoga aura positif mama akan menyerap didalam hati X.

Selepas habis menyuapkan 3ml susu kepada Amani, seorang doktor datang.

Dr : Ini mommy baby ye? Tak pernah nampak pun.. saya dari bahagian jantung.
Mama : Ha ah. Tiap2 hari saya datang. Baguslah, I’m waiting for the news regarding jantung.
Dr : Tapi you nampak muda sangat… With 6 pregnancies, 4 survive.
Mama tersenyum-senyum.. Nak cakap ape, kan … Mama take it as compliment. Patutlah semua salu tanya yang Amani tu anak sulung ke..
Dr cakap jantung Amani ada 3 masalah. PDA(semakin mengecil), pulmonary stenosis (kena tanya pakcik google) dan 1 lg masalah yg mama tak ingat nama…. Pulmonary stenosis ni kalau mild tak menjadi masalah. Mereka akan memantau dan mengawal TPN yang disalurkan kedalam salur darah Amani kerana cecair yang berlebihan boleh mengganggu jantung bayi.

image

Buat masa ni, TPN semakin dikurangkan dan susu pula ditambah kuantitinya. TPN merupakan cecair yg mengandungi protin dan zat sbg makanan kpd bayi yg tidak menyusu.
Boleh dikatakan perkembangan Amani agak memberansangkan. Cuma pemantauan sekarang ini tertumpu kepada jantung kerana paras oksigen didalam darah tidak begitu stabil.
Hari ni ada orang bagi angpaw dan limau kepada semua pesakit kanak2 termasuk Amani. Jika muslim, tentu besar pahala kerana menggembirakan kanak2.

image

Setiap kali mama visit Amani, sorang cleaner hospital mesti datang dan memberi laporan… Amani aktif katanya, budak baik dan kuat tidur… Mama anggap ini satu doa … Doa ni boleh datang dari siapa2 sahaja….

 

 

Apa pun, mama gembira hari ni kerana dapat menyuapkan susu dan melihat   Amani membuka mata…. Alhamdulillah.

Posted from WordPress for Android

:: Pengajaran Hari Ini ::

•January 10, 2012 • 4 Comments

image

Hari ni atuk yang sepatutnya ada appointment di PPUM terpaksa ditahan di wad kerana terdapat bengkakan dalam salur kencingnya. Kebetulan pula mama nak melawat Amani, dapatlah mama bawa nenek ke hospital.

Macam biasa, mama bawakan susu untuk Amani dalam beg pemberian rakan sekerja. Amat berguna sekali. Terima kasih ya!

image

Dalam perjalanan menghantar nenek ke wad atuk, tiba2 ada seorang wanita datang bersalam dengan mama. Katanya, tak ingat nama tapi dia ingat muka mama (kuatnya ingatan dia, dapat ingat rupa senior dari sekolah menengah)… Dulunya bersekolah di MRSM Balik Pulau (mama tak ingat langsung sebenarnya). Ringkasnya, dia membawa 2 anaknya yang istimewa berjumpa doktor. MasyaAllah! Anak sulungnya mengalami global development delay (sebab lahir premature) manakala yang no 2 ada masalah dengan otak. Mama berkata, bersabarlah dengan anugerah Allah ini. Dengan tersenyum beliau berkata “ini bahagian saya”…

Dalam hati mama berfikir, jika bahagian didunia ini sukar namun kita bersabar, tentu bahagian disana akan mudah…

Ya Allah, hari ini Engkau memberikan aku pengajaran yg sungguh bermakna.

Hari ni mama terserempak dengan dr Fauzi (yg terlibat dgn pembedahan amani)….
Katanya pembedahan dubur boleh dibuat jika berat bayi mencecah 6kg. Haisshhh…. Mau dekat setahun nak kena tunggu. Selepas pembedahan dubur, satu lg pembedahan perlu dibuat utk memasukkan semula stoma tu….

Sabar ye mama…. Ada insan lain yg lebih hebat dugaannya…

Posted from WordPress for Android

:: Amani Meniarap ::

•January 8, 2012 • 7 Comments

image

Hari ini mama berkesempatan bertemu dengan doktor. Amani sudah membuang air besar (via stoma). Ini bermakna keadaan sambungan ususnya berkeadaan baik. Alhamdulillah.

Namun, jantung bayi mama mempunyai 2 lubang. Kalau diikutkan, ia adalah normal untuk bayi premature. Ini menyebabkan proses pernafasannya kadangkala terganggu. Terpaksalah nurse pasangkan ventilator.

Jika pun semuanya sudah stabil, Amani masih belum dapat pulang. Ini kerana keupayaan menghisap susu dan menelan masih belum diketahui. Bayi ds kebanyakannya bermasalah untuk menelan. Hanya doa saja yang mampu mama lakukan sekarang ini.

Ini gambar Amani ditiarapkan. Nurse baru sambungkan sringe susu ke tiub dimulutnya. So, Amani sedang minum susu sambil meniarap!

Lepas visit Amani kami melawat tugu negara. First time untuk budak2 (first time untuk mama juga)… Hahaha…

image
Posted from WordPress for Android

“Bila Dapat Tahu?”

•January 8, 2012 • 3 Comments

Daripada perbualan mama dengan sesiapa sahaja yang menjenguk amani didalam inkubator, mereka pasti akan bertanya… “bila dapat tahu baby ada down syndrome?”

.. Sebenarnya, saya tak tahu… Proses mengandung berjalan lancar… Doktor suspek bayi ini ada ds pada minggu 27, 2 hari sebelum mama bersalin (minggu 28). Itu pun sebab mama terasa seperti ada contraction. Doktor juga mengesahkan air ketuban mama banyak atau istilah saintifiknya – polihydroamnions. Disebabkan mama tiada masalah diabetis, mama membuat carian (sebab doktor tidak mahu memberi penerangan mengenai kemungkinan2 lain) dan memang terdapat kes polihydroamnions ni adalah dari kandungan bayi ds. Berdasarkan detail scan, technician atau doktor yang berpengalaman boleh perasan terutamanya ‘nasal bone’ yang agak leper. Kebetulan pula untuk kes Amani, dapat dikesan kehadiran ‘double bubble’ – yg menandakan ‘duodenal atresia’ iaitu bahagian tertentu usus tidak bersambung. 1/3 daripada bayi yang mempunyai masalah duodenal atresia ialah kalangan bayi ds.
image
Disebabkan usus yg tidak bersambung, bayi tidak dapat memproses cecair amnion… Itulah penyebab polihydroamnions.

Daripada penerangan doktor, mama cuba menerima situasi itu. Agak sukar sebenarnya kerana kekuatan dalaman tidak akan jatuh dari langit secara tiba-tiba. Ia perlukan masa untuk dibina dari dalam jiwa. Selepas bersalin, mama tidak mahu berjumpa sesiapa pun, juga tidak melawat Amani. 1 hari ini mama ambil utk berehat sambil membina kekuatan jiwa. Semasa di dalam wad (sebelum bersalin) doktor bersilih ganti datang melawat mama sambil memberi kata semangat. “InsyaAllah doktor, saya boleh menerima keadaan bayi saya”. Mereka takut tekanan darah mama yg mungkin akan menjejas keadaan bayi.

Alhamdulillah, proses kelahiran Amani amat mudah… Paling kurang sakit… Dan sakit yang sekejap… Sesungguhnya Allah itu maha adil (jika kita mahu berfikir).

image

Posted from WordPress for Android

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.